Friday, August 5, 2011

Kedukaanku.........

Rindu pada anda semua.....
Pertama sekali minta maaf menyepikan diri buat sekian lama....... terima kasih pada anda yang begitu ambil berat tentang diri saya..... Tanpa sokongan dari anda semua tak mingkin saya dapat terus mengorak langkah untuk bangun muhasabah diri...........
Kehilangan abah merupakan satu titik saya tersungkur... lemah... sedih... pilu.. macam-macam lagi perasaan yang menghantui diri selepas pemergiannya pada 31 Mei 2011....
Hari demi hari saya semakin tertekan... saya dibantu melalui Perubatan Islam mahupun Perubatan Moden... Syukur masih ada insan-insan yang memahami kejadian yang menimpa ke atas diri saya... tidak kurang juga yang memandang sinis... Itu tidak penting..... saya ambil langkah yang positif untuk bangkit kembali menjadi diri saya yang sebenar yang tidak kenal erti putus asa.... kembalikan semangat yang hilang.......... sentiasa bermuhabah diri melalui rancangan-rancangan motivasi yang begitu banyak di kaca tv...
sesungguhnya saya benar-benar bersyukur kerana begitu banyak hidayah dan hikmah yang diberikan oleh Allah S.W.T......
Apapun saya masih dalam proses perubatan... Jika ada pandangan yang saya boleh jadikan pegangan, sudilah kiranya membantu diri saya...
Akhir kata terima kasih atas segalanya...

No comments:

Post a Comment